1. Nyanyian diikuti dengan pergerakan atau aksi mengikut lirik lagu yang dinyanyikan.
2. Membantu menyenangkan kanak-kanak mengingati lirik lagu.
3. Memberi peluang kanak-kanak meluahkan perasaan mereka secara efektif.
DUA MATA
Dua mata saya
Melihat dunia
Dua tangan saya
Mengangkat apa saja
Dua telinga saya
Mendengar semua
Dua kaki saya
Berjalan sini sana
Saya teko comel
Cantik dan menarik
Ini tangkai saya
Ini muncung saya
Bila rasa dahaga
Datang pada saya
Angkat saya dan tuangkannya.
TANYA SAMA POKOK
Tanya pada pokok
Apa sebab goyang
Nanti jawab pokok
Angin ynag goncang
Tanya pada langit
Apa sebab hujan
Nanti jawab langit
Tanya lah awan
Awan nanti kata
Aku kandung air
Sampai tempat sejuk
Aku pun cair
Tengok dalam air
Nampak bayang-bayang
Campak satu batu
Bayang pun hilang
0 comments:
Post a Comment