CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, January 14, 2009

ICT & kANAk - kANAk



Salah satu bidang utama yang mendapat kesan langsung daripada ICT ialah pendidikan. Dengan sifat kanak-kanak yang sukakan permainan dan hiburan, aplikasi ICT dalam bidang tersebut juga semakin berkembang.Dari segi peralatan komunikasi, anak kecil berumur dua tahun pun sudah mengerti untuk bercakap dengan datuk atau nenek menggunakan telefon bimbit.Pengaruh era siber nyata mempengaruhi gaya hidup kanak-kanak pada zaman milenium ini. Mereka begitu berbeza dengan kanak-kanak yang lahir 15 atau 20 tahun yang lalu. Era maklumat tanpa sempadan telah menjadikan mereka warga global. Maklumat boleh dicapai hanya di hujung jari.Bagi kanak-kanak penggunaan teknologi dan peralatan ICT kini bukan lagi perkara baru. Di negara maju seperti United Kingdom, ICT telah menjadi satu revolusi utama yang mengubah gaya pembelajaran di sekolah-sekolah.
Menurut Profesor Mitchel Resnick dari Massachusetts Institute of Technology (MIT), teknologi dan permainan mempunyai potensi yang besar di dalam membina kreativiti kanak-kanak. Dengan komputer, mereka didedahkan dengan persekitaran baru yang menyokong proses pembelajaran. Persekitaran sebegini jika dimanfaatkan dengan sempurna akan dapat melahirkan insan yang kreatif.Beliau berpegang teguh pada prinsip bahawa kaedah terbaik untuk kanak-kanak belajar ialah melalui aktiviti merekabentuk dan menghasilkan sesuatu. Dengan menghasilkan sesuatu yang baru, kanak-kanak akan turut dapat belajar membaca, mengira atau mengenali warna secara tidak langsung.
Andrew Macdonald, seorang lagi pendidik dalam bidang perkembangan awal kanak-kanak turut menyokong pendapat ini. Beliau menambah bahawa komputer bersifat interaktif. Ia tidak menyamai media-media tradisional lain seperti televisyen dan surat khabar. Ini bermakna ia membuka ruang seluas-luasnya untuk kanak-kanak bereksperimen. Di sinilah kreativiti kanak-kanak akan mula terserlah.Syarikat perisian Broderbund Software antara lain adalah peneraju dalam penghasilan perisian permainan kreatif bagi kanak-kanak berumur 3 hingga 12 tahun. Perisian yang popular adalah seperi ImagiMaker. Ia membolehkan kanak-kanak melukis, mewarna, dan mengasilkan animasi mengikut kreativiti mereka.
Bagaimanapun, anda dinasihatkan agar berhati-hati di dalam memilih permainan komputer yang sesuai. Hal ini kerana menurut kajian oleh Johnson (1985), kreativiti kanak-kanak boleh terjejas sehingga 50% jika kreativiti dan pilihan dihadkan semasa bermain.Sebenarnya permainan komputer interaktif bagi kanak-kanak biasanya melibatkan beberapa elemen penting. Antara elemen yang dimaksudkan ialah seperti fantasi dan cabaran. Elemen ini sebenarnya sangat penting di dalam perkembangan kognitif kanak-kanak.

0 comments: